Anda tercari-cari jawapan kepada
 "Bagaimana hendak belajar menaip pantas?"

 Pelajari cara paling mudah dan cepat belajar menaip pantas hanya dalam 30 minit sehari untuk 21 HARI!

Pendedahan ekslusif belajar menaip sendiri semudah "ABC" tanpa anda perlu bersusah payah mencari panduan dan kursus lain lagi.

 

Dari: Mohd Zulfadhli Abd. Nasir (0132227394)

Tarikh:

Per : Cara Cepat Belajar Menaip Pantas Dengan Teknik Menaip Sentuh

Tahniah kerana anda telah tiba ke laman web ini, saya yakin anda sudah pasti ingin menaip lebih laju tanpa perlu melihat papan kekunci lagi. Untuk itu, teruskan bacaan anda kerana saya akan membantu anda.

 

Teknik menaip sentuh atau biasanya dipanggil "touch typing" ialah kemahiran menaip pantas yang mengajar anda menaip menggunakan kesemua 10 jari tanpa perlu anda melihat papan kekunci.

 

Apabila anda telah mahir menggunakan teknik ini, anda dapat menaip lebih pantas dari sekarang tanpa perlu melihat papan kekunci lagi.

 

Jika anda sebelum ini hanya menaip dengan menggunakan beberapa jari sahaja, maka teknik ini amat-amat sesuai untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mempelajarinya dan kemahiran menaip pantas tidak mustahil akan menjadi milik anda juga!

Antara kelebihan yang menanti anda termasuklah :

 

Anda dapat menaip lebih pantas menggunakan 10 jari tangan berbanding anda menaip dengan hanya beberapa jari sahaja. Ya, bukankah menaip dengan 10 jari lebih pantas daripada hanya menggunakan beberapa jari sahaja?

  

Kepantasan anda menaip semakin meningkat dan boleh mencapai sehingga 2 kali ganda daripada kepantasan anda menaip sekarang.

 

Tidak perlu lagi menaip sambil anda melihat papan kekunci. Anda hanya perlu melihat skrin komputer sahaja selepas ini.

 

Anda menaip dengan tepat dan lebih profesional.

 

Anda dapat menyiapkan tugasan kerja anda lebih cepat dan pantas daripada sekarang. Bukan sahaja masa anda dapat dijimatkan tetapi anda mempunyai lebih masa untuk melakukan kerja penting lain yang anda inginkan.

Jadi, Siapakah Yang Wajib Belajar Teknik Menaip Sentuh ni?

Jika anda...

Mahasiswa IPTA/IPTS?– anda boleh siapkan assignment anda lebih mudah dan cepat. Anda mempunyai softskill baru yang tidak diajar dan tidak dapat diperoleh di dalam dewan kuliah.

Bakal Graduan/ Pencari Kerja?– masukkan kemahiran menaip pantas dalam CV / resume anda. Sudah pasti anda dapat bersaing dengan ribuan pencari kerja yang lain. Kurangkan persaingan anda dan paling penting anda berjaya memikat hati bakal majikan anda!

Pengurus/CEO? – tingkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja di bawah anda dengan kemahiran komputer. Jimatkan masa mereka menaip supaya kerja dapat disiapkan lebih cepat dan tepat.

Blogger? – menulis dan update kandungan blog adalah kerja yang memenatkan. Masa anda lebih jimat sekarang!

Pensyarah/guru? – menyiapkan tugasan P&P dan maklumat pelajar kadangkala memakan masa anda. Inilah masanya anda tingkatkan kemahiran komputer anda supaya tugasan seharian anda lebih mudah dan lancar.

Ibu bapa? –Lengkapkan anak-anak anda dengan kemahiran komputer yang penting untuk masa hadapan mereka kelak.

Kakitangan awam dan swasta? – Tugasan pekerjaan juga menjadi lebih mencabar. Inilah masanya untuk anda melengkapkan diri dengan kemahiran tambahan supaya anda sentiasa dihadapan!

Penulis? - benar, kemahiran menaip pantas amat penting bagi anda. Ini kerana anda tidak dapat lagi lari daripada menulis dan menaip menggunakan komputer. Anda perlu berfikir dan pada waktu yang sama anda perlu juga menaip. Kini tidak lagi, anda lebih bebas berfikir mencari idea tanpa halangan lagi.

Pelajar? – anda mempunyai tugasan yang menggunakan komputer? pelajari teknik menaip dan siapkan kerja sekolah/kerja kursus anda dengan lebih cepat dan mudah.

Baiklah...

 

Berapakah Kepantasan Anda Menaip Sekarang?

 

Adakah anda menaip perlahan, sederhana atau anda sudah menaip pantas?

Untuk itu, saya telah sediakan ujian ringkas di bawah untuk anda mengetahui kategori yang mana satukah anda berada.

Anda hanya perlu menaip petikan ayat di bawah dan tekan butang stop setelah anda selesai. Kemudian perhatikan berapakah kepantasan menaip yang anda peroleh dalam ruangan speed di bawah.

* Kepantasan anda menaip akan dipaparkan dalam unit perkataan seminit (psm) atau words perminute(wpm)

 

 

 typing test (c) CalculatorCat.com 

Jadi berapakah kepantasan menaip anda?

Berdasarkan kajian dan pengalaman saya, saya dapati kepantasan purata di kalangan pengguna komputer adalah dalam 20 - 38 perkataan seminit sebagaimana ditunjukkan oleh skala rujukan di bawah.

Sumber : www.typingtest.com

Oleh itu, jika anda berada pada kategori perlahan (slow) dan juga pertengahan (average) berdasarkan skala rujukan di atas, maka teknik menaip sentuh ini amat sesuai untuk anda pelajari dan kuasai.

Ini kerana, dengan mempelajari teknik menaip sentuh ini, tahap kepantasan anda boleh ditingkatkan ke 50 sehingga lebih daripada 100 perkataan seminit.

Bayangkan anda perlu menaip tugasan sebanyak 3000 patah perkataan.

Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menyiapkan tugasan ini dengan kepantasan anda sekarang?

Dan berapakah pula masa yang anda perlukan jika anda dapat menaip menggunakan teknik menaip sentuh? Sudah pasti dengan teknik menaip sentuh anda dapat menyiapkan tugasan ini lebih cepat daripada biasa dan anda jimat lebih banyak masa berharga yang anda ada!

Perlukah Saya Belajar Menaip?

Ya, amat-amat perlu lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.

Perhatikan fakta di bawah…

FAKTA 1

Bilangan pengguna komputer di Malaysia bertambah setiap tahun (belum di seluruh dunia lagi). Segalanya menggunakan komputer. Sudah pasti persaingan anda di masa hadapan semakin bertambah sengit.

Sumber : www.internetworldstats.com

Pertambahan sehingga 16, 902, 600 orang pengguna komputer di Malaysia.

Ini adalah statistik pada tahun 2009. Sudah tentu angka ini lebih tinggi dan semakin bertambah pada tahun 2012.

 

FAKTA 2

Keratan borang permohonan pekerjaan di bawah membuktikan betapa pentingnya kemahiran menaip pantas.

Tidak mustahil suatu hari nanti kemahiran menaip pantas akan menjadi syarat wajib untuk anda memohon pekerjaan! Siapa yang tahu, tak mustahil bukan...

 

 FAKTA 3

Petikan surat khabar MyMetro juga menekankan kepentingan mempunyai kemahiran komputer selain cemerlang dalam akademik.

 

Saya yakin sekarang anda sudah melihat kepentingan dan kelebihan yang anda peroleh apabila anda mempelajari teknik menaip sentuh ini.

Lihat lagi apakah manfaat dan kelebihan lain yang akan anda peroleh di bawah.

Teknik Menaip Sentuh vs. Teknik Biasa (Beberapa Jari)

 

Tahukah Anda?

Jika anda menaip selama 3 jam setiap hari pada kepantasan 30 patah perkataan seminit dan anda dapat tingkatkan kepantasan kepada 60 patah perkataan seminit dengan mempelajari teknik menaip sentuh,

MAKA anda telah jimat 90 minit sehari, 11 jam seminggu dan 68 hari bekerja dalam setahun! Ya, banyak benda lain yang boleh dilakukan lagi untuk 68 hari!

Sumber : www.typingtest.com | WPM : Words Per Minute

Purata kepantasan menaip tanpa menggunakan teknik menaip sentuh adalah 28 perkataan seminit, manakala dengan mempelajari teknik menaip sentuh adalah pada kepantasan purata 58 perkataan seminit.

Sumber : www.typingtest.com | WPM : Words Per Minute

Saya yakin anda sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui bagaimana anda juga dapat menaip pantas...

Bayangkan anda sebentar lagi dapat menaip dengan sepuluh jari dan kini segalanya di hujung jari anda!

Untuk itu, saya perkenalkan kepada anda Panduan Kursus Menaip Pantas :

Pendedahan Ekslusif Panduan Langkah Demi Langkah
Belajar Menaip Pantas Paling Mudah, Cepat Dan Menyeronokkan!

Klik di sini untuk ke ruang tempahan

 

 

Kandungan Utama

Panduan Kursus Menaip Pantas

 

Panduan Kursus Menaip Pantas adalah lain dari yang lain. Ia mengajar anda bagaimana anda dapat mempelajari teknik menaip sentuh daripada asas menaip sehingga anda mahir dengan teknik menaip sentuh ini.

Panduan ini telah disusun mengikut modul-modul pelajaran menaip secara bertahap dan berperingkat. Penerangan yang jelas menggunakan Bahasa Melayu yang mudah difahami dan sudah pasti amat mudah diikuti oleh sesiapa sahaja termasuk anda.

Sarat dengan tip-tip dan panduan langkah demi langkah yang pasti membantu anda dapat menaip lebih pantas dalam masa yang singkat. Dilengkapkan lagi dengan panduan bergambar dan jadual gambarajah bagi menambah lagi kefahaman anda.

Teristimewa, dalam versi kedua ini, dimuatkan juga latihan menaip dalam Bahasa Melayu dimana perkataan yang digunakan dipetik terus daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini menjadikan Ebook Kursus Menaip Pantas ini satu pakej lengkap mengandungi modul tutorial teknik menaip sentuh dan juga modul latihan dwi-bahasa yang pertama dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris!

Panduan Kursus Menaip setebal 94 muka surat ini mengandungi 6 Modul yang telah disusun secara terperinci seperti berikut:

Modul 1 Papan Kekunci

Modul ini merupakan pengenalan awal kepada papan kekunci termasuklah sejarah papan kekunci, jenis dan susunan kekunci pada papan kekunci.  Setiap kekunci pada papan kekunci mempunyai fungsi dan nama yang tertentu yang mesti anda ketahui.

Modul ini juga membincangkan pengenalan kepada teknik menaip sentuh, kelebihannya dan pembahagian jenis-jenis teknik menaip yang ada dan seringkali digunakan oleh setiap pengguna komputer.

Modul 2 Kaedah Hafalan

Cara paling mudah untuk anda menghafal kedudukan kekunci pada komputer anda ada saya dedahkan di dalam Modul 2 ini. Hanya dalam masa 5 minit, anda sudah dapat menghafal kedudukan kekunci komputer anda.

Anda sudah tidak perlu menaip dengan banyak hanya semata-mata untuk cam kedudukan komputer anda. Hanya 5 minit, anda sudah boleh menguasai kedudukan kekunci huruf komputer anda.

Modul 3 Mengenali Kedudukan Jari

Modul 3 membincangkan perkara paling penting dalam mempelajari teknik menaip sentuh iaitu mengetahui asas kedudukan jari pada papan kekunci anda. Tahukah anda setiap jari tangan anda hanya perlu menekan pasangan kekunci bagi jari tersebut sahaja. Apakah pasangan jari dan kekunci yang ada? Dan bagaimana menggabungkan hafalan anda dengan pasangan jari tersebut? Semua persoalan anda bakal dijawab di dalam Modul 3 ini.

Modul 4 Pelajaran Kaedah Menaip

Modul 4 adalah modul pelajaran utama di dalam panduan ini. Di awal modul ini, anda akan diberikan pelbagai tip sebelum, semasa dan selepas anda menaip yang mesti anda ketahui sebelum anda melangkah lebih jauh.

Menyusul selepas itu, pelajaran utama teknik menaip sentuh yang terdiri daripada 7 pelajaran kaedah beserta latihan menaip yang disediakan di bahagian akhir pelajaran.

Pelajaran kaedah ini meliputi kesemua kekunci pada papan kekunci anda bermula daripada kekunci baris tengah, kekunci baris atas, kekunci baris bawah, kekunci tanda baca, kekunci Shift, kekunci nombor dan simbol, dan kekunci-kekunci lain.

Paling istimewa latihan menaip adalah dalam perkataan sebenar Bahasa Melayu. Dilengkapkan lagi sebagai pilihan anda, latihan menaip dalam Bahasa Inggeris yang mana menjadikan latihan anda dwi-bahasa!.

Di akhir modul ini, anda dijangkakan telah dapat menaip dengan menggunakan teknik menaip sentuh dan apa yang penting selepas ini adalah latihan, latihan dan latihan.

Modul 5 Latihan Pengukuhan Menaip

Practice makes perfect”. Bagi memastikan anda benar-benar mahir menggunakan teknik menaip sentuh yang telah dipelajari (ini adalah matlamat saya), Modul 5 ini pula bakal menghidangkan anda pelbagai latihan pengukuhan menaip bermula daripada latihan menaip mengikut abjad & perkataan hinggalah kepada latihan menaip berdasarkan petikan.

Teristimewa latihan perkataan yang disediakan dipetik terus daripada Kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi Terkini. Ditambah lagi, anda juga bebas memilih untuk melakukan ujian menaip (typing test) di 9 laman web menaip secara online. Sudah menjadi harapan saya dengan variasi latihan yang disediakan ini dapat memberikan pengalaman belajar menaip yang mudah dan menyeronokkan buat anda!

Modul 6 Ekstra

Modul ekstra ini mengandungi 2 pelajaran ekstra khas buat anda. Pelajaran yang tidak banyak disentuh mana-mana kursus menaip, tetapi dibincangkan di dalam modul ini bertujuan menyediakan anda dengan kemahiran menaip yang terbaik. Apakah pelajaran ekstra ini? Semuanya terkandung di dalam panduan ini.

Kit Bahan Latihan

Selain itu, anda juga dibekalkan pakej kit bahan latihan khas bagi memudahkan latihan menaip anda. Anda boleh mencetak (print) nota-nota dan bahan latihan yang disediakan untuk rujukan anda. Kit bahan latihan mengandungi jadual dan rekod latihan menaip, perisian menaip percuma, panduan installasi dan juga nota-nota penting sepanjang latihan anda.

 

Preview Screenshot Panduan Kursus Menaip Pantas

 

Kelebihan di bawah bakal menjadi milik anda :

 

Anda dapat menaip dengan menggunakan kesemua jari anda. Anda tidak lagi bergantung hanya dengan beberapa jari, sebaliknya anda telah dapat menaip dengan menggunakan 10 jari yang anda miliki.

Anda tidak perlu lagi menaip sambil melihat papan kekunci. Anda kini hanya perlu melihat satu arah sahaja. Iaitu skrin komputer anda sahaja!

Anda dapat menaip lebih laju daripada dahulu. Jadi masa anda lebih jimat setiap jam, hari dan tahun. Kini anda lebih bebas membuat perkara yang anda sukai dengan masa terluang anda.

Anda dapat mengetahui cara menaip yang betul, tip penggunaan komputer yang baik dan juga senaman yang berkaitan bagi mengelakkan kesakitan dan kecederaan yang  boleh berlaku kesan daripada cara menaip yang salah.

Anda menjadi lebih yakin untuk melakukan segala kerja yang melibatkan penggunaan komputer kerana anda memiliki skil menaip yang baik. Kini, segalanya hanya di hujung jari anda!

Anda akan memiliki satu kemahiran berharga iaitu skil menaip pantas yang membantu anda menaip bukan hanya untuk sehari dua bahkan anda akan menggunakannya sepanjang hidup anda!

 

Saya yakin anda sudah tidak sabar lagi untuk mempelajari teknik menaip pantas ini!

Saya juga telah sediakan  4 Bonus Istimewa di bawah yang hanya ditawarkan di KursusMenaip.com sahaja!

 

3 4 Bonus Istimewa Ini Menanti Anda

1. Kerja Cara Sihat

Panduan khas menerangkan risiko-risiko yang tidak disedari oleh setiap pengguna komputer iaitu membabitkan Repetitive Strain Injury (RSI) dan Carpal Tunnel Syndrome (CTS). Turut disertakan senaman dan regangan mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan risiko tersebut.

Format : PDF
Bil. muka surat : 24

2. Work@Ergonomics

Laporan penting menerangkan 4 posisi kerja yang baik dan juga tip-tip amalan ergonomik di tempat kerja. Antaranya berapakah jarak yang sesuai di antara skrin komputer dan mata anda, cara penggunaan betul bagi papan kekunci, tetikus, meja dan kerusi. Sebuah panduan yang wajib di baca setiap pengguna komputer.

Format : PDF
Bil. muka surat : 24

3. Shortcut Keys Power!

Mengandungi lebih 350 koleksi kekunci pintas dalam Microsoft Office Word, Excel dan Power Point. Ditambah lagi kekunci pintas bagi pelantar Windows dan kekunci pintas bagi browser internet yang biasa digunakan. Sebuah panduan rujukan yang MESTI dimiliki setiap penaip pantas.

Format : PDF
Bil. muka surat : 20

 

E-MEL

SUPPORT

4. Khidmat bantuan dan sokongan melalui e-mel

Anda akan mendapat keutamaan saya sebagai pelanggan VIP KursusMenaip.com.  Anda bebas bertanya bila-bila masa sahaja yang anda mahu dan saya sedia membantu anda!

 

 

Berapakah Harga Untuk Anda Miliki Panduan Menaip Pantas Ini Beserta 4 Bonus Istimewa Di Atas?

 

PAKEJ

HARGA

Pakej Versi Digital Ebook - Buku Digital (Format PDF)

Download Produk : Akses Ruangan Download (Member's Area)

Penghantaran : Link Download Akan Dihantar Ke Alamat Emel Anda

Tempoh Penghantaran : 24 - 48 Jam

RM 25

 

 

 

"jutaan terima kasih di atas ebook yang dihasilkan oleh cikgu.. ia amat membantu dalam tugasan seharian saya. keberkesanan ebook ini dapat ditingkatkan dengan adanya manual latihan yg mudah untuk dipraktikkan dan hanya perlu mengambil sedikit masa saya setiap hari.


terima kasih diucapkn." ~
Norazian Miskam

Kata-kata akhir daripada saya "Rebut peluang keemasan anda untuk mempelajari teknik menaip pantas ini. Tiada apa yang anda rugikan kerana anda bakal memiliki kemahiran menaip pantas ini sepanjang hidup anda.

Pada waktu anda mahir menaip, anda akan dapati jari anda dapat menaip laju di atas papan kekunci sementara pelbagai idea baru dan segar menerjah fikiran anda sebagaimana kata-kata Pablo Crane...

"There came a moment when I realized that I
was typing--without thinking that I was typing!
From that instant on, my creativity soared like a condor,
unchained from the burden of scratching
parrot-like, upon my papers." ~Pablo Crane

Terima kasih.

 

Mohd Zulfadhli Abd.Nasir
Admin, KursusMenaip.com
H/P : 013 2227394
E-mel : admin@kursusmenaip.com
Facebook :
http://on.fb.me/zulpress

Tarikh :

P.S : Kemahiran menaip telah menjadi satu keperluan dalam setiap bidang dan kerjaya. Pastikan anda juga tidak ketinggalan mempersiapkan diri dengan mempelajari salah satu kemahiran komputer yang jarang dimiliki ini.

P.S.S : Semakin pantas anda bertindak, semakin cepat anda melihat hasilnya. Tempah sekarang dan pelajari menaip pantas hari ini.

 

 

Utama   |   Tentang Penulis   |   Tempahan  |   Blog   |   Affiliate